Daisypath Anniversary tickers

NECK COVERED INNER - CRAZY SALE!!!

CRAZY SALE!!!!
Salam....kepada semua penggemar / peminat Neck Covered Inner, ThePearl Hijab ada menawarkan pembelian secara BORONG.  Sila email thepearlhijab@yahoo.com atau nurulsamsuddin@yahoo.com

ThePearl Hijab juga sedang mengadakan SALE yg bermula pada hari ini, 23/9/11 hingga 30/9/11

RM 49 (termasuk Pos Laju)...
murah kan??sila dapatkan sementara stock masih ada.... :)
Available in BLACK & BLUE BLACK colours...


Inner inspired by Hana Tajima (Maysaa)



available in BLACK, WHITE, BROWN & GREY

anyone interested? please email me at nurulsamsuddin@yahoo.com
mudah dipakai..ada zip di belakang...

credit to Hana Tajima...she is so beautiful....


Make up by Cheqwee

Happy New Year!!!! ok entry kali ni i nak promo Make up by Cheqwee..i'm sure ramai yang nak kahwin, tunang this year kan?kalau nak make up utk dinner pun blh..and price dia sangat affordable... :)

sweet kan? :)

baju pun disediakan oleh cheqwee..

Cheqwee pun ada sediakan package bertunang, nikah & sanding.  for more info please view http://makeupcheqwee.blogspot.com/ or boleh email ke mswee3@yahoo.com


10 Asas Kebahagiaan Hidup Berumahtangga

Saje nak share..
ramai yang cakap.."masa bercinta semuanya indah belaka, dah kahwin nanti baru lah you tau langit tu tinggi ke rendah.." but for me...kalau boleh...after kahwin i nak lagi indah..so, tepuk dada tanya selera..i rasa kita sendiri yang perlu mencorak kehidupan selepas berumahtangga...tipulah kalau tak berselisih faham atau sentap2 dalam kehidupan ni..
Bagi i...dlm tempoh sebulan - tiga bln perkahwinan yang i rasa mcm sukar sikit nak sesuaikan diri..tp lepas tu..alhamdulillah..u akan faham apa yg husband / wife u tak suka n suka...interesting woooo....hehehe
husband n wife..haruslah ringan tulang!!penting tu...suami sila ikut isteri ke dapur ye.. :)
kalau husband membebel si isteri sila diam..hehehe
kalau si isteri membebel...si suami sila beri respond..kalau diam nnti wife lg marah!hahaha... (cth: syg..syg membebel nampak comel.. - ha ni swuamiiii i lah punye ayat kalau i membebel) terus tak jd membebel...n lupa kenapa i membebel tadi..

ok...tips ni i dapat dr gua.com.my...sila lah baca utk panduan bersama... :)

sharing is caring... :)

1. Berkongsi tanggungjawab


Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.


2. Pasangan teman teristimewa

Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.

3. Rancang masa depan

Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.

4. Komunikasi yang baik

Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

5. Mengenal 'bahasa cinta' pasangan

Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan

Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

7. Selesaikan konflik

Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.
Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.

8. Hubungan seks

Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

9. Tabah & sabar

Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama

Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.

Wedding Card

Entry for B2B lagi...sharing is caring... :) My wedding card...ordered from Oscoin Card, Indonesia.  i made 1000 cards.. i highly recommended Oscoin Card sebab mereka sangat efficient!! plus.. u will get discount from them.. :) even it is hard for me to check the layout thru email / ym.. but they really did a good job..and i tak byk edit on their layout..sebab sekali diorg design terus i suka.. :)

jeng jeng jeng...
hard cover card
theme colour : red
for both reception (me & hubby)

can email me for details..jgn malu2 ok.. :)

P.A System

Hola B2B...lovebirds!! promosi promosi.... :) Jika anda berminat ingin mengadakan sebarang event.. wedding, annual dinner & etc... please contact After12 Studio for your sound system...
http://aftertwelvestudio.blogspot.com/ or you can search them in FB..just type After12 Studio.. :)

kalau malu2 nak contact diorg...boleh email i je.. :p harga berpatutan n berbaloi2...hehehe

Selamat Hari Raya

Di kesempatan ini...saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA  kepada semua muslimin & muslimat.
MAAF ZAHIR & BATIN

Dengan bermurah hati..i sertakan duit raya sekali ye..jangan berebut..semua dpt sorang 1.. :)

silalah berbelenja dengan cermat... :p


Raya Collection

Bila cerita pasal baju raya ni mmg la pening..sebab every year style nya bertukar2...
this year yg famous ialah caftan & cotton.. kan? kalau cerita pasal fashion designer..i suka tgk rekaan hatta dolmat, rizman ruzaini, nik erwan roseli, dll... kalau nak sebut semua mmg penuh entry ni..hehehe
i'm proud with malaysian designer...their collections are awesome!!
ok jom cuci mata......wink wink...


credit to rizman ruzaini
credit to hatta dolmat
cantik kan?i lupa where i got this source from.. :)

nice!!! i suka sgt this jubah...
hatta dolmat's collection...seriously i fall in love with the colour..(penggemar turquoise & green)hehe

cantik kan sulam/kerawang kat tangan n leher tu.. :)
sesiapa yang theme thn ni colour putih..maybe can try this style..very nice!

so, u guys punye baju raya macam mana? mesti malatopp kebaboomm kan??
me & Mr. Sunshine decided to wear turquoise color..
mlm ni baru nak jumpa Nik Erwan Roseli to collect our baju raya..hopefully everthing goes well.. :)
wooott woottt!!